Salad Buah

Ramuan / Bahan

2 biji epal hijau
2 biji orange
1 tangkai anggur
1 tin kecil susu pekat
1 pack cream cheese

Cara-cara

Cream cheese diletak di luar mengikut suhu bilik supaya ianya lembut. Potong epal dan orange dadu. Anggur dipotong dua dan gaul bersama epal dan orange tadi. Kemudian dalam mangkuk lain gaul susu pekat dan cream cheese. Masukkan buah-buahan tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. Kemudian boleh dihidangkan.