Salad Beriani Ala Itali

Ramuan / Bahan

250 gm beras Basmathi
2 camca teh garam
600 ml air
4 camca besar minyak
1 camca besar cuka 1 pokok daun bawang, dicincang
1 biji lada benggala hijau, dihiris memanjang
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
½ biji timun
2 camca besar hirisan parsli

Cara-cara

Masak beras bersama garam dan air seperti memasak nasi biasa. Gaul minyak bersama cuka, daun bawang, lada benggala, garam dan serbuk lada hitam bersama nasi hingga rata. Biarkan ia sejuk. Masukkan timun dan parsli lalu kacau dengan garpu hingga sebati. Hidangkan nasi di atas daun salad.