Roti Selera

Ramuan / Bahan

6 ketul roti burger/hot dog
5 keping daging burger
2 biji telur ayam - dipukul
50ml susu cair
2 sudu besar mayonis
4 sudu besar sos cili
garam

Bahan untuk toping:
Cendawan butang
Capsicum (Merah/Hijau)
Mozarella Cheese
Pizza Spicy seasoning

Cara-cara

1. Daging burger digoreng setengah masak dan dibelah dua. Hiris nipis-nipis secara memanjang. Ketepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan daging yg telah dihiris nipis, Masukkan telur ayam yg telah di pukul dan dicampurkan dengan susu cair dan garam. Gaul hingga rata.

3. Masukkan sos cili da akhir sekali masukkan mayonis. Gaul rata-rata. Padamkan api dan ketepikan sebentar.

4. Roti burger tadi dibelah dua. Dan disusun di atas dulang pembakar.

5. Letakkan campuran daging burger tadi di atas roti. Susun cendawan butang, capsicum diatas daging burger. Taburkan cheese 'Mozarella' secukupnya dan akhir sekali taburkan 'Pizza Spicy seasoning' diatas daging burger.

6. Bakar dalam oven - 180F selama 8 - 10 minit.

Tips: utk tahu daging dah masak atau tidak, lihat saja cheese mozarella dan warna daging setelah dibakar dalam oven. Kiranya cheese dah cair, daging pula kelihatan agak garing, itu tandanya dah masak.