Pizza Orang Bujang

Ramuan / Bahan

200 gram tepung gandum
2 biji telur Omega+ (baik utk kesihatan)
Hot dog Ramly (secukup rasa)
Keju petak (Chesdale etc.)
Ayam dan daging cincang (secukup rasa)
Sayuran (jika mahu) Garam (2 sudu teh)
Gula (2 sudu teh)
Air 500 ml
Minyak Seri Murni

Cara-cara

1) Panaskan minyak dalam kuali tak melekat. Pastu masukkan ayam, daging, hot dog dan sayuran (cendawan etc.) Goreng hingga masak dan nampak lazat.
2)Buang minyak dan asingkan bahan2 tadi.
3)Untuk roti : Masukkan tepung dalam satu mangkuk dan masukkan air. Gaul sehingga tepung nampak seperti krim yang sekata.
4)Masukkan 2 biji telur dan gaul lagi.
5)Masukkan garam dan gula. Pukul adunan secukup rasa menggunakan garpu.
6)Panaskan kuali dan masukkan sedikit marjerin.
7)Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali dan ratakan seupaya sama tebal dan tidak berlobang2.
8)Sebelum tepung mengeras, tuangkan semua campuran daging dan sayuran yang telah dimasak tadi ke atas tepung dan biarkan seketika.
9)Letakkan beberapa keju petak ke atas topping tadi dan biarkan seketika.
10) Setelah cukup keras, terbalikkan piza dan biarkan selama 10 saat sebelum menutup api.
11)Letakkan piza ke atas pinggan secara face up (topping and cheese di atas)
12)Lipat piza supaya menjadi bentuk separuh bulatan dan hidangkan bersama sos cili.
13)Nikmatilah kelazatan piza bujang.