Pizza Biskut

Ramuan / Bahan

Bahan Inti
500g Daging cincang
3 biji telur ayam
1 biji lobak merah - dipotong dadu
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 pkt rempah kari ayam/daging
½ peket biskut lemak
Sedikit marjerin
Sedikit minyak masak - untuk menumis
Garam dan perasa
Sedikit air Bahan dikisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cili giling


Cara-cara

1-Tumiskan bahan yg dikisar dan rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang, ubi kentang dan sedikit air (ikut suka)biarkan hingga empuk. Masukkan lobak merah kemudian tambahkan garam dan perasa secukupnya.
2-Sapukan sedikit marjerin pada loyang. Susun satu persatu biskut didlm loyang kemudian letakkan inti yg telah dimasak diatas biskut dan lapiskan semula satu persatu biskut diatas inti.Tuangkan telur diatas biskut tersebut dan dibakar sehingga masak(agak-agak jelah.)