Pisang Rai

Ramuan / Bahan

Bahan Utama:
1 sisir pisang raja
1 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
Tepung gandum secukupnya
½ biji kelapa - diparut panjang
Air untuk merebus Bahan Sadur:
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
150 ml santan
1 biji telur ayam
½ sudu kecil garam

Cara-cara

Kelapa digaul garam dan kukus selama sepuluh minit. Kupas pisang, golek dalam tepung gandum hingga rata dan ketepikan. Didihkan air yang dicampur pandan serta garam. Sementara menunggu air mendidih adun bahan sadur hingga rata. Celupkan pisang dalam bahan sadur. Apabila air mendidih masukkan pisang yang siap bersadur tadi dan biarkan hingga masak. Angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut hingga rata, hidangkan.