Penne dan Udang

Ramuan / Bahan

220 gm Pasta Penne
5 gm kacang panggang
40 gm bawang merah
Sebiji avocado (dipotong kiub)
80 ml stok ikan
160 gm udang (dibuang kulit) 5 ml minyak zaitun
5 gm bawang putih
Daun pasli atau basil (untuk hiasan)
100 ml krim
50 gm bayam
50 gm articok

Cara-cara

Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Setelah itu masukkan udang, bawang yang dihiris dan stok ikan. Perlahankan api, kemudian masukkan krim dan biar mendidih. Masukkan pula articok yang dipotong kiub serta bayam. Biar mendidih lima minit. Rebus pasta selam lima belas minit dan toskan airnya. Campur pasta dan gaul rata. Hidang pasta dalam mangkuk dan hias bersama kacang panggang, kiub avocado dan sayuran hijau. Jika suka boleh dimakan dengan keju parmesan.