Cucur roti ikan bilis

Ramuan / Bahan

Setengah bungkus roti
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
segenggam ikan bilis (telah disiang)
sebiji telur
lada sulah (secukup rasa)
garam (secukup rasa) Untuk sos:

sos cili
sos tomato
air suam
-dicampur untuk menjadi sos

Cara-cara

Roti di carik-carik dan dimasukkan dalam bekas besar. Bawang putih, bawang merah dan ikan bilis ditumbuk agak kasar bersama-sama. Telur dipukul dahulu dan dimasukkan dalam bekas berisi roti. Digaul. Jika agak kering, letak sedikit air masak. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.Letak lada sulah dan garam secukup rasa. Jika hendak pedas, tambah cili merah yang telah didadu kecil. Gaul sehingga rata. Campuran ini dikepal menjadi bulat, seperti membuat cucur yang biasa. Digoreng deep fry sehingga menjadi garing (ikut persepsi masing-masing). Biasanya garing kalau dah agak keperangan, yellowish brown.