Mexican Malaysian Canai Con Carne

Ramuan / Bahan

10 roti kosong dari kedai Mamak
500 gr daging atau ayam kisar.
3 bell peper/capsicum/paprika : merah, kuning & hijau dihiris panjang
2 tomato merah kisar

topping :
2 lobak merah shredded/diparut kasar.
100 gr Parmesan Cheese grated/diparut.
1 avocado, buang kulit & biji, dikisar, tambah air 1 lemon & 1 bawang merah cincang.
1 cup kecil (250 gr) plain yoghurt.
Bumbu tumis :
3 labu bawang merah besar, dihiris panjang.
Kisar halus : 5 ulas bawang putih, 5 chili padi, 1 sudu besar jintan, 1 sudu besar sebok paprika,
1 sudu besar kunyit, ½ sudu besar lada hitam
3 sudu besar minyak masak.
Garam & gula secukup rasa.

Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan minyak masak, tumis semua bumbu hingga harum. Masukkan tomato, kacau hingga sebati. Masukkan daging/ayam, masak sampai matang. Masukkan bell peper, masak 5 minit.