Meringue Pistacio Berkulit Kayu Manis

Ramuan / Bahan

2 biji putih telur, pada suhu bilik
½ camca teh vanila
½ camca teh serbuk kulit kayu manis ½ cawan gula halus
½ cawan pistacio, dicincang halus

Cara-cara

Putar putih teur bersama vanila dan serbuk kulit kayu manis hingga ia kembang. Masukkan gula, putar hingga ia kembang. Kaup dan balikkan pistacio di dalam adunan hingga ia sebati. Bubuh secamca besar adunan di dalam dulang bakar yang dialas dengan kertas kalis minyak. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 160c, 20 minit. Tutup api dan biar hingga ia sejuk di dalam ketuhar. Setiap meringue mengandungi kurang daripada 25 kalori.