Mashed Potatoes With Chives

Ramuan / Bahan

4-5 biji kentang (bersaiz sedang)
Air utk merebus
2-3 sudu besar mentega
2-3 sudu besar mayonaise
Segenggam chives
garam secukup rasa

Cara-cara

Kentang yg telah dikupas, dipotong dadu dan dibersihkan. Masukkan ke dalam periuk yg mengandungi air, dan direbus sehingga empuk. Setelah empuk, buangkan airnya dan biarkan sebentar di atas api yg kecil sehingga agak kering, pastikan kentang tidak hangus. Masukkan ke dalam mangkuk, lenyek dan gaulkan bersama mentega dan mayonaise serta garam. Kemudian masukkan daun chives yang telah dimayang halus, kacau rata.