Lobster Tropicana

Ramuan / Bahan

700 gm lobster
50 gm cendawan shikate
30 gm bawang (dipotong kiub)
10 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato puri
100 gm krim
15 ml pernod
1 gm kunyit 50 gm glace ikan
30 gm brokoli
3 batang lobak merah
2 batang kacang buncis
1 biji cendawan shikate
2 keping papadum
25 ml mentega
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan lobster dan buangkan kulitnya. Potongkan dagingnya kepada bentuk kiub dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.

Panaskan mentega dan masukkan bawang, bawang putih, cendawan dan daging lobster dalam jangka masa seminit.

Masukkan pernod utuk seketika dan diikuti dengan kunyit, fish glace dan tomato puri. Kemudian masukkan krim untuk menambah perasa dan diasingkan.

Panaskan mentega dan masukkan brokoli, kacang buncis, lobak, cendawan dan campurkan dengan garam dan perasa lada hitam secukupnya.

Goreng papadum, begitu juga dengan cengkerang lobster.

Letakkan cengkerang lobster di dalam pinggan dalam posisi yang ddikehendaki dan letakkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi disisinya.

Hiasi dengan fresh dill mengikut citarasa masing-masing.