Lepinje

Ramuan / Bahan

500 gm tepung gandum
Secubit garam 2 gm ragi, dicampur sedikit air
1 cawan air

Cara-cara

Satukan bahan-bahan dan uli sebentar. Tambah sedikit air jika doh terlalu kering. Bahagi doh tiga bahagian. Perap sejam atau hingga doh naik. Uli semula dan bulat-bulatkan. Atur di atas loyang pembakar. Biar setengah jam. Sapu mentega di permukaan doh sebelum dibakar.