Latina De Bros

Ramuan / Bahan

2 Keping Burger Ayam
2 Keping Burger Daging
3 Ketul Sosej Ayam
2 Biji Telur Ayam
Ubi Kentang
Salad
Timun
Tomato
Minyak Masak

Cara-cara

Gaulkan kepingan burger ayam dan daging.
Kemudian bentukkan ia dalam bentuk bulat(bentuk ikut suka).Cincangkan ketulan sosej.Masukkan bebola burger tadi ke dalam peti sejuk selama 15 minit.Selepas 15 minit didalam peti sejuk,keluarkan bebola itu.Kemudian belahkan bebola itu menjadi dua.Masukkan cincangan sosej ke tengah-tengah belahan bebola tadi dengan sedikit.Kemudian cantumkan semula belahan tadi dengan apa cara dan masukkan semula bebola itu ke dalam peti sejuk dalam masa 30 minit.Panaskan minyak dan gorengkan ubi kentang,telur dan bebola itu tadi(gorengkan satu persatu).Susunkan gorengan tadi dengan tersusun di dalam pinggan.Buatlah perhiasan dengan menggunakan timun,tomato dan salad.Letakkan sos cili di dalam piring kecil bersama mayonis dan siap.