Lasagne Berinti Daging

Ramuan / Bahan

500 gm bawang besar
3 gm oregano
1 gm daun bay
20 gm halia
2 kg tomato plum
450 gm tomato puri
10 gm garam
50 gm gula
1 kg daging cincang
3 gm lada hitam
200 gm cendawan (dihiris)
500 gm air
70 gm tepung jagung
1 bungkus lasagne Bahan untuk sos:

3 ulas bawang putih
1 gm oregano
1 gm daun basil
1 gm rosemary
2 gm lada hitam
1 liter susu UHT
50 gm tepung jagung
Garm secukup rasa

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan sehingga naik baunya dan berwarna keperang-perangan. Masukkan bawang putih.

Kemudian masukkan daun bay dan oregano. Kacau sehingga ia sebati dan naik bau.

Masukkan tomato plum dan tomato puri. Kacau sehingga sebati dan mendidih. Masukkan air, kacau dan biarkan ia mendidih.

Masukkan daging cincang yang sudah dibilas, kacau rata dan sebati sehingga ia mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung jagung.

Apabila mendidih campurkan tepung jagung yang dikacau dalam 140 gm air. Tuangkan dan kacau serta-merta. Tutupkan api dan biarkan ia sejuk.

Untuk membuat lasagne, cuba dapatkan lasagne segera di pasar raya. Ikut arahan yang terdapat pada kotak.

Dapatkan dulang pembakar yang sesuai saiznya dan ikut susunan seperti di bawah.

Untuk menyediakan sos pula, tumiskan bawang putih. Masukkan oeregano, basli, rosemary dan serbuk lada hitam.

Tuangkan susu UHT, masukkan garam dan biarkan ia mendidih.

Campurkan tepung jagung dengan 100 gm air. Tuangkan kesemuanya dan kacau sehingga ia pekat. Setelah masak tutuplah api.

Tuangkan sos di atas lasagne apabila kepanasannya berkurangan.
api.