Kiflice Sorasima

Ramuan / Bahan

2 biji putih telur
140 gm gula halus
600 gm walnat kisar 10 gm tepung gandum
300 gm walnat cincang
Sedikit mentega

Cara-cara

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula. Apabila kembang masukkan walnat kisar dan tepung gandum. Gaul sebati. Ambil secamca besar adunan lumurkan walnat cincang. Bentukkan seperti bulan sabit. Susun di atas loyang pembakar yang dilengser sedikit mentega dan tabur sedikit tepung. Bakar hingga masak.