Kicap Ikan Bilis Goreng Style Cina

Ramuan / Bahan

100 GM IKAN BILIS - Digoreng dulu
1 LABU BAWANG BESAR - dihiris halus
5 TANGKAI CILI PADI (OPTIONAL KALAU SUKA PEDAS)-dihiris halus
2 TANGKAI LADA MERAH HIDUP - dihiris halus
2 SUDU BESAR KICAP MASIN/KICAP MANIS
SEDIKIT MINYAK

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang & cili hingga hampir layu dan tuangkan kicap. Gaul sikit lebih kurang dan masukkan ikan bilis gaul sekejap dan matikan api.
Jangan biarkan api besar atau masak terlalu lama setelah dah campur kicap takut kering..