Kacang Panggang Dengan Telur

Ramuan / Bahan

1 tin kacang panggang dengan sos tomato
3 biji telur ayam sederhana besar - dipukul
Sedikit minyak untuk menggoreng 3 ulas bawang merah - di dadu kecil
½ mangkuk cendawan butang - di dadu kecil
2 sudu besar susu cair
Garam

Cara-cara

Tumis bawang merah hingga layu, kemudian masukkan cendawan butang.

Masukkan susu cair dan telur - kacau rata.

Akhir sekali, masukkan kacang panggang bersos tomato dan garam.

Sedia untuk dihidang.