Isi Ikan Berpistacio

Ramuan / Bahan

720 g isi ikan putih
Sedikit garam dan lada sulah
Tepung serba guna secukupnya
1 biji telur
1 camca besar air 1/8 camca teh lada cayenne
1 cawan isi pistacio, dikisar sedikit
1 camca besar mentega dicampur 1 camca besar minyak sayuran, atau 2 camca besar minyak sayur
1 biji lemon, dibelah lapan

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dikeringkan dengan kertas lembut. Lumur garam, lada sulah dan tepung serba guna (dikurang atau ditambah mengikut keras atau lembut yang dikehendaki) pada ikan hingga ia sebati dan bersalut. Bentuk ia jejari kecil. Putar telur bersama air dan lada cayenne. Celup jejari ikan tadi di dalam telur dan golek ia pada pistacio. Buat hingga habis jejari. Panaskan minyak sayur di dalam kuali. Goreng jejari hingga ia masak, 7-8 minit. Hidang bersama belahan lemon.