Ikan Grill

Ramuan / Bahan

2-4 ketul isi ikan
halia muda(ditumbuk, ambil airnya,simpan hampasnya)
lemon separuh
paprika
lada hitam halus
daun parsley
sedikit marjerin
sedikit garam halus

Cara-cara

Perap ikan dengan air halia, lemon, garam, paprika,lada hitam halus dan sedikit daun parsley selama 30-45 minit,sapukan sedikit marjerin dan letakkan sedikit hampas halia yang telah ditumbuk keatas isi ikan tadi, kemudian grilkan selama 20-30 minit api sederhana.Taburkan sedikit daun parsley. Sedia dihidangkan.