Hurmasice

Ramuan / Bahan

700 gm gula pasir
2 biji telur
250 gm mentega
2 camca besar susu tepung
520 gm tepung gandum 2 camca teh serbuk penaik
100 gm walnat, dicincang halus
600 ml air
2 biji lemon

Cara-cara

Pukul 100 gm gula bersama telur dan mentega hingga kembang. Masukkan susu tepung, tepung gandum dan serbuk penaik. Uli sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bubuh walnat cincang di dalamnya (seperti inti). Baki 600 gm gula dimasak bersama 600 ml air untuk dijadikan air gula. Masukkan kulit lemon ke dalam air gula mendidih. Angkat dan sejukkan. Apabila airnya sejuk perah air lemon (50ml). Tuang air gula pada kuih ketika masih panas.