Daging Rusuk Dengan Sos Barbeku Chipotle

Ramuan / Bahan

1.5 kg daging rusuk lembu, dilumur dengan bahan perasa Tex-Mex
1 ¼ cawan White Vinegar (cuka putih)

Untuk sos barbeku:
3 biji tomato, dibuang kulit dan biji dan dicincang 1 sudu kecil gula perang
1/3 cawan cuka cider (cider vinegar)
Garam secukup rasa
3 sudu kecil madu
½ sudu kecil sos perang (brown sauce)

Cara-cara

Masukkan daging, cider vinager dan air secukupnya kedalam periuk dan jerang di atas api. Bila mendidih, kecilkan api dan renehkan sehingga daging empuk. Cara ini membantu menghilangkan lemak dan melembutkan daging. Angkat dan tuskan daging kemudian biarkan hingga sejuk. Untuk membuat sos, masukkan tomato ke dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sekali sekala sehingga tomato menjadi lembut dan airnya kering. Padamkan api. Dalam periuk yang berasingan, satukan garam, bahan perasa Tex-Mex, gula perang dan cuka dan jerang di atas api yang sederhana. Kacau hingga gula hancur dan tuangkan kedalam periuk berisi tomato. Masukkan sos perang dan jerang semula di atas api. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala sehingga sos menjadi pekat. Masukkan madu dan kacau lagi hingga sebati. Atur daging di atas dulang pembakar yang sudah disapu minyak sebelum dibakar selama 15 minit di atas bara api menggunakan arang. Balikkan daging, lumurkan sos ke atasnya dan bakar lagi selama 15 minit.