Daging Panggang Berkuah Gulash

Ramuan / Bahan

160 gm daging (batang pinang)
2 camca besar minyak, untuk menumis
3 biji bawang merah, dikisar
1 camca besar serbuk paprika
5 biji pelaga
2 helai daun salam
10 gm thyme
10 gm rosemary 10 gm tepung gandum
½ liter air rebusan daging
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan hiasan:
Bunga kubis dipotong sedang dan direbus
Tomato
Kentang dibakar

Cara-cara

Daging dipanggang hingga masak. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang. Kemudian masukkan serbuk paprika, pelaga, daun salam, thyme dan rosemary. Kacau hingga wangi dan tabur tepung pada bahan tumisan. Tuangkan air rebusan daging dan panaskan hingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa. Tuangkan kuah ke atas daging yang telah dipanggang.Sayur bunga kubis, tomato dan kentang bakar digunakan sebagai hiasan.