Cupavci Skokosom

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan A:
175 ml minyak jagung
100 gm gula halus
2 camca besar serbuk koko
150 ml susu cair
150 gm coklat masak Bahan-bahan B:
2 biji telur
350 gm gula
125 ml susu pekat
1 camca teh serbuk penaik
200 gm tepung gandum
1 tin kelapa kering

Cara-cara

Cara membuat untuk bahan A:
Satukan semua bahan di dalam bekas. Masak diatas api sederhana hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat untuk bahan B:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum dan kelapa kering sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar 35 minit. Apabila masak potong selebar 3 sm x 3 sm setiap satu. Celup setiap potongan biskut ke dalam bahan A dan tabur kelapa kering diatasnya. Masukkan biskut di dalam cawan kertas. Sejukkan baru dihidangkan.