Cumi Bumbu Bali

Ramuan / Bahan

500 gm cumi (sotong) yang sedang
1 biji limau nipis (perah jusnya)
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
4 tangkai cili merah - dihiris 6 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
½ sudu kecil belacan
1 biji tomato

Cara-cara

Gaul cumi dengan air limau nipis dan garam, perap selama 10 minit bolehlah dicuci dan tuskan. Panaskan minyak, goreng cumi hingga setengah masak, angkat dan tuskan minyaknya. Panaskan tiga sudu minyak masak, tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai, daun limau purut dan sedikit air. Bila mendidih masukkan cumi, balik-balikkan biarkan hingga kuahnya pekat bolehlah diangkat.