Cheesy Baked Mushroom

Ramuan / Bahan

Cendawan Tiram (Bersaiz besar)- 250 gram
Bawang Putih 5 ulas
Biji Lada Hitam 20 butir
Garam Secukur rasa
Mentega 1 sudu besar
Keju Cheddar/Parmesan (shredded)
Sedikit Minyak Sayuran
Sedikit Susu Tepung

Cara-cara

1.Tumbuk bawang putih bersama biji lada hitam dan ketepikan
2.Sapukan mentega di atas loyang
3.Susun cendawan tiram di atas loyang yang telah disapu mentega tadi dengan teratur
4.Taburkan Garam ke atas cendawan
5.Taburkan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke atas cendawan tersebut.
5. Taburkan sedikit keju cheddar/parmesan (shredded) berserta susu tepung ke atas permukaan cendawan tersebut.
6. Renjiskan minyak sayuran ke atas cendawan ini.
7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan suhu kira-kira 160 C selama 10 minit.