Beaf Steak Derga

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
300 gm kentang
4 labu bawang besar
4 sudu teh tepung gandum
4 sudu besar minyak
8 sudu besar air ½ sudu teh serbuk lada
4 biji telur ayam
1 tin kecil kacang peas
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 5 cm x 2.5 cm dan bersihkan. Potong kentang nipis-nipis dan potong bawang besar secara lereng. Pukul telur hingga hancur. Celup daging di dalam telur. Panaskan kuali dengan 3 sudu besar minyak dan goreng daging hingga empuk. Ketepikan. Di dalam minyak yang sama goreng kentang dan bawang besar. Angkat dan ketepikan. Bancuh tepung gandum dengan air. Kacau rata-rata supaya tepung tidak berketul. Panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan bancuhan tepung. Kacau selalu. Masukkan kacang peas, bawang besar goreng, kentang goreng dan serbuk lada. Kacau seketika. Sebelum diangkat taburkan daun bawang dan daun saderi. Letakkan daging di dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas daging rata-rata.