Tauhu Sumbat Ikan Kembung

Ramuan / Bahan

5 ketul tahu(1 tahu belah 2)
3 ekor ikan kembung
1 sudu kecil lada putih
daun saderi/daun sup
2 biji telur
sedikit garam

Cara-cara

-goreng tahu dan rebus ikan
-ambil isi ikan dan ambil isi tahu
-gaul isi ikan dan isi tahu bersama-
sama dengan lada putih,daun sup dan
sedikit garam.
-sumbat bahan tadi kedalam tahu
-sedia untuk digoreng bersama-sama dengan telur.