Popia Gunting Pedas

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 paket kulit popia
3 camca besar tepung gandum
sedikit air
(tepung gandum n air dibancuh pekat seperti adunan jemput2 untuk dijadikan sebagai gam) Bahan B
15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(ketiga- tiga bahan ini dikisar halus)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)

Cara-cara

1)gulung kulit popia hingga habis dan gam hujungnya dengan bancuhan tepung tadi
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi.