Coklat Ala New York

Ramuan / Bahan

150 gm coklat masakan
1 cawan krim
2 cawan susu segar
2 cawan teh serbuk koko, diayak 2 camca teh gula halus
1 camca teh tepung jagung
Sedikit air panas
ΒΌ camca teh esen vanila

Cara-cara

Cairkan coklat masakan menggunakan double-boiler. Masak krim dan susu hingga mendidih dan tuangkan separuh krim ke dalam coklat cair dan kacau rata. Masukkan semua coklat ke dalam susu dan kacau rata. Masak bancuhan coklat semula diatas api perlahan. Kacau koko, gula dan tepung jagung bersama sedikit air panas hingga koko tidak bergentel. Tuang bancuhan koko ke dalam coklat. Kacau di atas api hingga ia pekat dan mendidih. Masukkan bancuhan koko dan esen vanila ke dalam pengadun elektrik. Putar hingga berbuih. Hidangkan bersama krim putar, jika suka.