Kuih Gamat Endau Kg Hj Ariffin

Ramuan / Bahan

1 kilo Tepung Gandum. Sepeket Yis serbuk.2 Biji telur ayam. 1 buku Buttercup. 3 sudu besar gula pasir(boleh kurangkan jika tak mahu ia manis sangat). Sedikit garam ikut rasa.Air ikut anggaran.

Cara-cara

Larutkan yis dalam air suam. Adunkan tepung bersama buttercup dan telur.Larutkan gula dan garam dalan segelas air suam.Tuang pada adunan tepung tadi. Bila sebati masukkan larutan Yis dan adun.Jika adunannya keras tambah air sedikit. Biarkan adunan itu naik 2 kali ganda. Uli panjang membujur seperti bentuk gamat. Goreng sampai kekuningan. Hidangkan dengan kuah kari atau sambal.