Wantan Rangup Berinti Ayam

Ramuan / Bahan

Bahan 1

Kulit Wantan
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

Isi ayam / daging / udang ( cincang )
Bawang besar ( potong dadu )
Lada sulah serbuk ( sesedap rasa )
Daun Bawang ( cincang )
Cili padi ( 3 tangkai / racik halus )
Garam ( sesedap rasa )
Telur ( sebiji )

Cara-cara

1. Satukan Bahan inti tadi dan gaul mesra.

2. Simpan dalam peti sejuk dalam 30 jam.

3. Kemudian isikan inti pada kulit wantan tadi dan lipat ikut lipatan yang kita pandai.( sapu sedikit air pada kulit wantan ditempat yg ingin kita lekatkan).

4. Goreng hingga kekuningan dan api jangan terlalu besar.

5. Angkat dan toskan minyaknya dan ia sudah sedia dinikmati.