Segi Tiga Tomato

Ramuan / Bahan

400 gm tepung gandum
70 gm mentega
2 camca besar hirisan daun kari
2 camca besar pes tomato ΒΌ camca teh serbuk lada hitam
2-3 camca besar air
1 biji putih telur, dipukul sedikit
2 camca teh garam halus

Cara-cara

Gaul dan ramaskan tepung bersama mentega hingga rata. Masukkan daun kari, pes tomato dan serbuk lada. Gaul rata. Masukkan air secukupnya dan uli hingga menjadi doh. Canai di atas papan canai yang ditabur sedikit tepung. Simpan doh di dalam peti sejuk 30 minit. Canai doh setebal 3 mm dan potong bentuk segi tiga. Atur di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Sapu sedikit putih telur di atas adunan, taburkan garam. Bakar 190'C hingga masak. Simpan di dalam bekas kedap udara.