Sapodilla Parfait

Ramuan / Bahan

80 gm telur
125 gm gula
100 ml krim 125 gm tepung gelatin
100 gm buah ciku

Cara-cara

Buah ciku dibuangkan kulitnya dan kisar sehingga hancur.

Pukul telur dan krim sehingga kembang. Masukkan gula dan tepung gelatin ke dalam campuran ciku. Masak sehingga gelatin larut.

Tuangkan ke dalam campuran telur dan krim serta kacau dengan cepat supaya telur tidak masak.

Setelah sejuk, masukkan krim yang telah dipukul dan dikacau sehingga ia sebati.

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.