Sanwich Telur Rebus Weda

Ramuan / Bahan

Roti (gardenia lagi sedap)
5 biji telur (direbus)
Butter 3 sudu besar
Mayonise 4 sudu besar
Black pepper
Timun (di hiris)
Tomato(di hiris)

Cara-cara

semua telur rebus dibuang kulit, lecekan telur rebus atau boleh di potong dadu yang kecil-kecil.

Didalam mangkuk yang besar masukan telur yang di lecek bersama butter dan mayonise gaul hingga rata. campurkan sedikit black peper untuk kurangkan bau telur.

Roti yang di sapu sedikit butter susun timun dan tomato kalau mahu di atas roti dan ratakan campuran telur dengan sederhana. Kepitkan dengan sekeping roti yang di sapu sedikit mayonise.

campuran telur tadi boleh di simpan di dalam peti sejuk di dalam bekas yang kedap udara dahulu untuk hidangan sejuk.
Siap.