Sandwich Tuna Crab

Ramuan / Bahan

Roti sandwich (Gardenia lagi sedap)
Satu Tin tuna (lagi sedap tuna in mayonise)
Crab stick( di potong dan di cincang halus)
Butter
Mayonise
Black paper
Timun ( dihiris nipis)

Cara-cara

Masukan tuna dan gaul bersama crab stick tadi sehingga rata dalam mangkuk besar, Kalau pakai tuna biasa bolehlah di campurkan sedikit mayonise bersama. Masukan black paper secukup rasa, kalau tak nak pedas tak payah letak dan ketepikan.

Untuk roti sapu sekeping roti dengan butter dan sekeping lagi dengan mayonise,

Kemudian atur timun di atas roti yang di sapu butter mengikut kehendak sendiri dan letakan campuran tuna dan crab stick tadi dengan kadar sederhana ratakan.

Kemudian tutup dengan roti yang di sapu mayonise tadi.

Ulang kaedah tersebut untuk roti yang seterusnya.