Saikraok

Ramuan / Bahan

300 gm isi udang
1 mangkuk tepung gandum
2 biji telur
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 rumpun daun saderi 2 helai daun bawang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Fucuk helai
Minyak masak

Cara-cara

Mesin udang bersama bawang putih dan bawang merah hingga lumat.

Cincang daun saderi dan daun bawang. Gaulkan dalam campuran udang tadi.

Pecahkan telur dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati. Biarkan selama 2 minit.

Ambil helaian fucuk, bubuh adunan udang tadi. Gulung seperti popia dan letakkan dalam pengukus.

Kukus hingga masak. Setelah masak, sejukkan, potong dan goreng hingga kekuningan.