Roti Sardin Bertelur

Ramuan / Bahan

4 keping roti
1 biji telur
1 tin sardin yg dihancurkan isi ikannya
1 biji bawang besar yg dipotong dadu
1 biji cili hidup yg dipotong dadu
sedikit planta/ marjerin 2 cmc besar mayonis (jika suka)
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa
½ biji limau nipis
sedikit minyak/marjerin/planta utk menggoreng

Cara-cara

1.hancurkan isi ikan sardin terlebih dahulu
2.masukkan cili hidup & bawang besar yg dipotong dadu,garam, lada sulah dan mayonis (jika suka),perahkan limau nipis.Kemudian gaulkan kesemua baha-bahan tersebut
3.sementara itu, sapukan planta / marjerin pada setiap keping roti
4.telur dikacau sehingga kembang bersama sedikit garam dan lada sulah
5.selepas itu,balutkan/gulungkan roti tersebut bersama-sama dengan sardin,kemudian celupkan roti yg dibalut/digulung tersebut ke dalam telur yg dikacau hingga kembang tadi
6.roti tersebut bolehlah digoreng sehingga kekuningan