Roti Puree Goreng ala Cengal

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung atta
5 atau 6 sudu susu pekat manis ½ paket yis serbuk
1 ½ cawan air(tuang sedikit-sedikit)
sedikit garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan tepung gandum dan tepung atta kedalam mangkuk uli. Bancuh yis dengan sedikit air suam. Masukkan susu pekat manis dan bancuhan yis tadi. Tuang air yang telah dicampur garam tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Biarkan seketika pada suhu bilik.
Setelah itu buat bulat seperti sebiji doh karipap dan gelek dengan penggelek seperti menggelek doh karipap. Jangan terlalu tebal nanti doh tadi tidak masak sepenuhnya. Panaskan minyak dan goreng roti tadi dalam minyak yang penuh.(Deep fry) Jika roti tadi menggelembung sepenuhnya maka anda telah berjaya.