Roti John Mak Awe

Ramuan / Bahan

Roti 'hot dog'
1 tin besar sardin
5 biji telur
Bahan untuk dimayang
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Minyak untuk memasak
Garam
Sos tomato/cili
Lada hitam
Serbuk perasa
Sekeping asam keping

Bahan untuk hiasan
Bawang besar dihiris
Tomato dihiris
Timun dihiris
Daun salad
Mayonis
Sos cili

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya
2. Masukkan sardin, asam keping dan sos tomato/cili
3. Tambah garam & serbuk perasa. Jika mahu enak tambahkan sedikit sos tiram
4. Setelah masak, hancurkan kesemua sardin tadi dan biarkan dalam satu bekas.
5. Dalam bekas yang lain, pecahkan dan pukul telur, masukkan sedikit sardin hancur tadi dan kacau rata.
6. Potong melintang roti tadi, sapukan mentega.
7. Panaskan kuali leper, letakkan minyak dan ratakan sedikit campuran sardin dan telur di atasnya.
8. Dengan cepat letakkan roti dan tekan sedikit di atas bahan campuran sardin tadi bagi memastikan bahan tadi melekat dengan roti.
9. Ulangi sehingga sardin dan roti habis.
10. Hiaskan dengan timun, tomato , mayonis dan sos cili.