Roti John Asli

Ramuan / Bahan

BAHAN A:
2 keping roti panjang (roti john)
2 biji telur
1 tin sardin besar
1 sudu makan cili boh
4 ulas bawang kecil
6 tangkai daun bawang (dihiris)
segenggam ikan bilis (digoreng)
serbuk lada sulah (secukup rasa)
sedikit mentega atau marjerin
BAHAN B:
1 batang timun (dihiris)
Sedikit kubis (disagat)

Cara-cara

Sardin, ikan bilis, bawang kecil, telur, cili boh dan serbuk lada sulah dikisar(jangan terlalu halus). Bahan tersebut diletakkan di dalam satu bekas dan taburkan daun bawang. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali bersama sedikit minyak. Belah roti dan sapukan sedikit mentega atau marjerin pada roti tadi. Sapukan bahan yang telah dikisar tadi pada roti dan letakkan di atas kuali yang telah panas. Pastikan roti dibalik-balikkan supaya tidak hangus. Setelah siap digoreng angkat roti dan susun timun serta kubis. Setelah itu, si sos tomato atau sos cili. Untuk lebih sedap tambahkan mayonis.