Popia Celup Telur

Ramuan / Bahan

1 bungkus kulit popia besar
dua biji telur
bahan inti popia:
dua sudu besar minced isi ayam (jika suka banyak pub boleh)
sebiji lobak merah (garut halus)
3 biji ubi kentang (garut halus atau lenyek setelah merebusnya)
sedikit kobis bulat (garut halus)
2 ulas bwg putih
garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih.
satu sudu besar minyak masak.

Cara-cara

tumis bawang putih. masak isi ayam.masukkan lobak merah, ubi dan kobis. tambahkan garam, serbuk perasa dan lada putih. Masaklah sehingga semuanya lembut. Masukkan inti yang telah dingin sedikit kedalam kulit popia dan gulung seperti biasa. sebelum menggoreng, celupkan popia berisi inti kedalam telur yang telah dipukul. Apinya biarlah sederhana.