Cakar Ayam Kelapa

Ramuan / Bahan

3 biji kelapa muda
1 kg gula pasir Sedikit air
Sedikti garam

Cara-cara

Isi kelapa muda disagat atau dihiris halus. Celurkan isi kelapa ini ke dalam air mendidih. Angkat dan toskan. Apabila sejuk, ramas-ramaskan kelapa ini supaya airnya keluar. Masak gula dan sedikit air hingga pekat. Masukkan isi kelapa tadi dan dikacau rata. Masak lagi hingga kering.