Murtabak Maggie

Ramuan / Bahan

1 Bungkus Maggie Kari
1 Biji Telur
Sedikit Minyak Masak
Air secukupnya

Cara-cara

Rebus maggie dengan air sehingga lembut. Setelah itu toskan airnya. Sementara itu pukul telur bersama perencah Maggie Kari. Setelah telur tersebut sebati masukkan maggie yang telah ditoskan tadi, kacau lagi sehingga sebati. Panaskan minyak & goreng.