Lempeng Samurai

Ramuan / Bahan

150 gm lempeng
50 gm mangga India (dihiris)
100 ml krim segar
1 biji kuning telur
50 gm gula
10 kacang pistachio
1 skop ais krim berperisa kacang macademia Bahan untuk membuat lempeng:

225 gm susu
25 gm gula
10 gm mentega
1 biji telur
900 gm tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara

Gulung hirisan mangga dengan lempeng dan letakkan di atas piring.

Campurkan kuning telur dan tuangkan di atas lempeng.Bakar selama 2 minit.
Hidangkan dengan kacang pistachio dan satu skop ais krim.

Bagi cara membuat lempeng pula, tapiskan tepung gandum dan masukkan susu, gula dan garam.

Tapis sekali lagi dan masukkan mentega yang telah dicairkan.

Masukkan sedikit adunan ke dalam periuk dan masakkan sehingga siap.