Kerabu Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

2 ikat pucuk paku
300 gm kerang
2 ekor ikan kembung (direbus/dibakar)
2 biji bawang merah besar
garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada hitam
1 cm halia
2 batang serai
ΒΌ kelapa (digoreng)
cili padi (dipotong/ditumbuk)

Cara-cara

1) Rebus kerang dan ambil isinya.
2) Potong pucuk paku dan celur sehingga masak dan toskan.
3) Rebus/bakar ikan kembung dan ambil isinya.
4) Kelapa digoreng sehingga garing.
5) Tumbuk bahan-bahan seperti bawang merah, ikan, lada hitam, halia, serai, cili padi dan garam serta gula.
6)Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam mangkuk besar dan gaul ia bersama pucuk paku dan kerang.