Burger Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

1 tin Ikan Bilis Yeo's
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak masak
½ timun, dihiris untuk hiasan
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
6 ketul roti burger Bahan-bahan dicincang halus:
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah
1 batang daun sup
Setangkai daun bawang

Cara-cara

Tapis ikan bilis Yeo's untuk mengasingkan minyak. Pukul telur dan campurkan dengan bahan-bahan yang dicincang halus. Masukkan ikan bilis Yeo's. Gaul campuran tadi dengan tepung jagung sampai sebati. Panaskan minyak di dalam acuan burger yang bulat di atas api sederhana. Tuangkan campuran tadi ke dalam acuan dan goreng sehingga masak. Sajikan burger masak bersama-sama roti yang telah disapu mayonis dan mentega. Hiaskan dengan timun.