Kentang Goreng Bersos

Ramuan / Bahan

½ peket kentang goreng segera
1 labu bawang besar (potong bulat-bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
sekeping nipis halia dicincang
segenggam ikan bilis
1 sudu cili boh
sos tomato (secukup rasa)
gula
garam
serbuk perasa

Cara-cara

1. kentang digoreng sehingga warna keemasan dan garing (ketepikan)
2. goreng ikan bilis sehingga garing.(ketepikan)
3. tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.
4. masukkan cili boh, sos tomato, gula, garam dan serbuk perasa mengikut selera anda. tambahkan kicap jika mahu warnanya gelap sedikit.
5. masukkan kentang goreng dan ikan bilis.
6. tambahkan air jika terlalu kering.
7. gaulkan sehingga pekat sedikit dan hidangkan.