Ramuan / Bahan

1 kg kentang
1 peket kertas aluminium foil 2 sudu kecil serbuk lada putih
Garam

Cara-cara

Basuh kentang sehingga bersih dan kemudian tuskan.

Gaulkan kentang tersebut dengan garam dan serbuk lada putih.

Potong kertas aluminium foil 6"x6" lebar dan balutkan kentang dengan kemas.

Panaskan ketuhar dengan suhu 200 darjah Celcius dan masukkan kentang yang siap dibungkus tadi dan bakar selama satu jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan bersama dengan krim masam.