Kentang Berjintan

Ramuan / Bahan

5 biji ubi kentang.
2 sudu besar jintan manis (ditumbuk)
2 ulas bawang besar (dimayang)
Sedikit serbuk kunyit.
Garam secukup rasa.
Daun sup dan daun bawang.

Cara-cara

Potong ubi kentang.Tumis bawang, setelah layu masukkan jintan yang telah ditumbuk. Setelah harum, masukkan air (untuk mengempukkan ubi tadi ). Kemudian masukkan serbuk kunyit dan ubi kentang. Setelah empuk dan separuh kering masukkan garam dan daun sup serta bawang. Biarkan hingga kering dan bolehlah di angkat.